RODA SOALAN (BBM bukan Elektronik)
Bahan bantu mengajar (BBM) ialah satu kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Ianya merangkumi segala benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dan sebagainya.
Bagi tugasan BBM bukan elektronik, saya membuat roda bagi menetukan soalan kuiz yang saya namakan sebagai RODA SOALAN.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
- pinggan polisterin
- kotak susu
- kertas A4
- lidi dari bunga telur
- marker warna-warni
Roda Soalan yang telah siap adalah seperti di bawah.
Pelajar hanya perlu memutarkan roda di atas untuk memilih soalan. Soalan akan diberi berdasarkan warna yang berpadanan dengan kertas soalan.
Berikut adalah gambar Roda Soalan yang diambil dari pelbagai sudut.
Kelebihan Roda Soalan ini ialah ia boleh digunakan untuk apa-apa subjek dan dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Guru hanya perlu menetapkan soalan beliau pada kertas soalan.
Selamat mencuba! :)
THE MAKING OF PERIODIC PAYUNG
Di bawah merupakan tugasan kumpulan bagi video pembuatan salah satu BBM bukan elektronik ahli kumpulan kami. Kami memilih BBM rekaan Nabilah Suhaili yang diberi nama Periodic Payung.
Untuk lebih gambar dan cara-cara pembuatan BBM ini, boleh klik sini.
Kredit kepada Aisyah Kadir dan Syikin Latif.
No comments:
Post a Comment