APA ITU VLOG?
Anda dah tahu apa itu vlog? Masih belum tahu lagi? Jom kita
belajar tentang vlog.
Vlog satu bentuk penyampaian maklumat dalam bentuk video.
Tak kisah apa isinya sama ada berbentuk pengajaran, sindiran atau perbualan
kosong mengenai sesuatu isu.
Di antara vlogger yang terkenal adalah Mat Luthfi, AnwarHadi dan KYO Propaganda. Mereka antara vlogger yang berjaya dan bukan sahaja di
dalam vlog, malah di dalam kehidupan seharian.
APA KEISTIMEWA VLOG?
Dalam penulisan, khasnya dalam penulisan tutorial, kita
selalu pening apabila ada di kalangan ramai yang tidak faham bagaimana nak buat
sesuatu perkara. Meskipun dah sertakan gambar-gambar sekali, tetapi maklumat
tersebut susah juga di fahami. Pasti pembaca akan terus bertanya dan bertanya
lagi sehingga anda sendiri akan rasa fed-up. Jadi dengan adanya vlog ini,
pembaca akan lebih mudah memahami tutorial tersebut.
Membuat vlog memerlukan anda bermain dengan gerak camera.
Lebih kreatif cara penyampaian anda, lebih suka para pembaca anda untuk
melihatnya. Juga vlog ini memerlukan anda untuk bermain dengan bahasa tubuh
badan. Ibarat menyampaikan sebuah “presentation” di hadapan ramai, jika anda
kaku atau pegun, para penonton sendiri akan mengutuk dan mengkritik. Ini adalah
perkara biasa kerana itu adalah hak mereka.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN VLOG
Kebaikannya, vlog ini sesuai digunakan sebagai medium untuk
menyampaikan maklumat berupa tutorial, memperkenalkan barangan-barangan baru
atau produk anda (bagi mereka-mereka yang berbisnes dengan blog) serta
berdakwah dan menyuarakan pendapat berkenaan sesuatu isu.
Namun begitu, vlog ini juga boleh mengundang wujudnya
video-video tidak berfaedah. Ini terjadi apabila ada insan-insan yang tidak
bertanggung jawab atau berfikir panjang memuatnaik video-video tidak senonoh
dan membuang masa. Contohnya video-video yang telah menjadi viral seperti
Parodi Sayang oleh Bobo dan video macam cantik jerr oleh Syasya Solero.
Mereka ini bukanlah seorang vlogger mahupun blogger. Mereka
ini antara yang tertarik untuk memuatnaik video peribadi bagi tatapan umum.
Motif asal mungkin sekadar suka-suka, mencari perhatian, mungkin juga mengejar
populariti segera. Apabila video-video mereka tersebar dan mula menjadi viral,
akan ada video-video serupa dimuatnaik seterusnya. Kemudiannya, video-video
mereka pula akan diparodikan dan dijadikan bahan hiburan.
Akhir kata, jika mahu menjadi blogger atau vlogger, jadilah
yang berilmu. Kerana ilmu itu kini di hujung jari anda sahaja. Kenapa malas
benar? Terlalu sibuk dengan Facebook? Twitter? Blog? Tepuk kepala,
tanyalah minda ya sekalian. Sekian.
Salam syima. Menarik artikel ini, sebaik sahaja ternampak perkataan Vlog terus teringat pada seorang Vlogger terkenal iaitu Mat Luthfi. Hihi. Sememangnya Vlog adalah antara medium yang amat berkesan bagi saya dalam penyampaian maklumat kerana Vlog ini lebih kurang macam komunikasi satu hala tetapi secara terus kepada para pendengar. Dan seharusnya bagi mereka yang menjadi seorang Vlogger mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi sebelum membincangkan tentang sesuatu isu dan sebagainya. Artikel yang menarik.
ReplyDeleteNurul Azani Azman A140092
Assalamualaikum syima. Artikel mengenai vlog ini sangat menarik memandangkan saya kurang pengetahuan tentang penggunaan vlog. Berdasarkan artikel ini, saya mendapat tahu apa itu vlog dan bagaimana ia diaplikasikan. Saya sangat bersetuju bahawa jika seseorang individu itu ingin menjadi vlogger, ilmu yang cukup adalah amat perlu supaya setiap mesej mahupun maklumat yang ingin disampaikan adalah terang dan jelas.
ReplyDeleteNor Amira Binti Mohd Hisam A141077
Assalamualaikum. Saya juga suka melihat video-video yang ada di atas talian. Seperti yang telah diterangkan, video dapat memudahkan penyampaian dan penonton akan lebih mudah faham. Vlogger yang bijak adalah seorang yang menyampaikan ilmu yang berguna kepada penonton dan bukanlah video kosong semata-mata tanpa sebarang ilmu yang terselit didalamnya.
ReplyDeleteNoraisyah Binti Abdul Kadir Jilani A142244
Assalammualaikum... saya penah tengok video Mat Luthfi... baru sekarang saya paham apa itu vlog . Video daripada mat Luthfi sangat kelakar dan membawa mesej yang bermanfaat. Terima kasih kerana berkongsi maklumat vlog ini.
ReplyDeleteA142237 : Nabilah Bt Suhaili
Assalamualaikum Ya Zamili Syima...saya rasa satu isu yang amat bertepatan dengan dunia siber kini..jujur saya katakan pada awalnya saya sendiri tidak tahu apa itu vlog.terima kasih kerana telah berkongsi dengan saya tentang apa itu vlog.betul seperti Azani cakap dalam komen di atas. Jika kita fikirkan kembali akronim vlog ini amat sinonim sekali dengan Mat Luthfi di mana beliau telah banyak berkongsi pelbagai cerita dan isu-isu terkini melalui video. Kaedah penyampaian maklumat ini amat berkesan kepada masyarakat kita terutama bagi golongan belia kerana belia sangat berkait rapat dengan dunia ICT. Saya rasa saya akan cuba menyampaikan maklumat melalui kaedah vlog ini kerana ianya amat memberi kesan yang mendalam kepada kita semua.
ReplyDeleteA141120 Mohd Noraliff Bin Zazliza
Assalamualaikum ... pengunaan vlog itu bergantung kepada si pengunannya juga, jika apa yang hendak disampikan baik , maka baiklah jadinya , jika buruk yang yang hendak disampaikan, maka buruk lah jadinya .Semuanya hanyalah boleh diadili oleh si pembaca itu sendiri .
ReplyDeleteA141064 ; Muhammad Faizal Bin Mohamed kassim
Tidak dapat dinafikan, kini Vlog adalah antara medium yang berkesan digunakan untuk menyampaikan maklumat. Pelbagai ilmu boleh dikongsi dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada saya. Sesiapa saja boleh menjadi Vlogger namun ia terpulang kepada diri masing-masing. Pandangan saya, ada segelintir Vlogger yang membuat Vlog hanya untuk meraih publisiti dan isi yang disampaikan atau dikupas hanyalah omong kosong sahaja.
ReplyDelete